
Soul Savior bukanlah nama satu watak adiwira komik yang bunyinya menjurus kepada satu susuk perwira yang mampu terapung dan menangkis segala kuasa jahat dari menakluk bumi. Bahkan tiada langsung nilai keagamaan yang lazim digambarkan oleh perkataan SAVIOR yang mewakili penyelamat umat bangsa yang terpilih .
Kerana Soul Savior yang ini hanyalah 4 anak punk rock yang yang menghasilkan musik punkrock sebagai pengubat jiwa yang tiada sebarang kuasa bionik untuk menyelamatkan apa-apa pun . Malahan mereka tak mampu menyelamatkan diri mereka sendiri apatah lagi hanya punya satu senjata sejak dulu ... iaitu Rock n Roll
Nama itu hanyalah terilham dari satu filem kung fu yang sangat menginspirasikan suatu ketika dahulu namun hanya sebuah cerita tempelan yang nampak kaku ,klasik dan membosankan jika diputarkan semula pada ketika ini.

SEKIRANYA ANDA TAK SUKA BLOG .. KLIK GAMBAR INI DAN ANDA AKAN DIHANTAR SEMULA KE MYSPACE DENGAN MENUNGGANG KUDA
Sekiranya sesekali bakal ditanya tentang mengapa mesti Soul Savior ?? nah !! sebenarnya Soul Savior (penyelamat jiwa ) itu pada kami adalah nama lainnya untuk MUSIK . bukan pula mewakili sesetengah musik , atau satu genre musik , atau satu kelompok musik ...... kerana ianya mewakili segala jenis musik. Kerana jiwa yang kacau , sengsara dan kebosanan itu mampu diselamatkan oleh musik .Pedulikan tentang jenisnya,kerana atas nama musik ia kekal punya kekuatan tersendiri untuk menyelamatkan setiap jiwa.
Berbalik pada tahun 1997-8, dizaman posmen lebih terkenal berbanding email dan remaja sangat bermimpi untuk berada dalam sebuah band rock n roll , Adi serta rakan2 telahmenubuhkan kugiran sendiri atas nama SESAME STREET .berasakan muzik punkrock 90an California.biarpun siap menghasilkan beberapa buah lagu tetapi belum sekalipun pernah dirakamkan kecuali satu rehearsal yang hanya dapat didengar oleh teman 2 terdeka.ternyatalah jeritan rock n rollsedemikian tak akan pernah lolos dari dinding seluas keranda .
akhirnya seperti dijangka batu nesan SESAME STREET tercacak setelah mereka rebah kepada hayalan candu dan kedewasaan . Pada 2003-4 di zaman MTV lebih membingitkan dan lebih bising dari underground , Salman (salah seorang teman yang pernah mendengar rehearsal SESAME STREET ) mencetuskan idea menubuhkan kugiran bersama Adi .Dan lahirlah SOUL SAVIOR ,anak haram terbuang di celah lorong hanyir Temerloh beserta angkatan rekrut baru. Gigih menggali semula lagu 2 yang terkubur dan mula menulis lagu2 baru .Bagaikan wine lama yang diisi kedalam botol yang baru SOUL SAVIOR bagaikan baying-bayangyang cuba bangkit dengan nyawa sendiri.







