
Adakah kita perlu melancarkan serangan ke atas mtv dan segala sekutunya ? adakah Soul Savior akan memakai kasut PETERPAN ?
Dah tentu jawaban untuk keduanya adalah TIDAK .Punkrock telah lama berdiri dengan kaki sendiri dan tidak pernah mahu menjadi habuk yang melekat pada tapak sepatu orang orang lain.
Punkrock tak pernah punya polisi atau rangkuman piawaian yang menghadkan dunia mereka dan kerana itu punkrock kekal bebas dalam dunia kecilnya.
Punkrock sudah bosan dengan kritikan dangkal mengatakan mereka lapar sekali untuk membina empayar yang diadaptasi dari arus perdana MTV sedangkan kebenarannya MTV lah yang memcipta sebuah lagi dunia ala-punkrock yang hanyalah tampalan dan entah dari mana bagi mengimbangi populariti punkrock.
Sekalipun tiada lagi kritikan bila punkrock tidak lagi segagah dahulu namun khalayak punkrock lebih terbuka dengan menerima sesetengah wira-wira mereka yang terkorban dalam holocaust MTV. Rasa hormat mungkin sedikit merundum tapi kekal menerima mereka sebagai sebahagian dari dunia punkrock yang kerdil.
Dan SOUL SAVIOR keras mahu kekal bersama wira-wira mereka yang masih belum terkorban.
Sewaktu mereka berkeras mahu tinggal dalam dunia yang kecil ... kami sentiasa bersama mereka..bila putaran membawa kami ke sana ... kami mahu kekal dalam dunia kecil itu.
biarlah kami berputar dalam satu bulatan kecil dan tidak ada yang lain kecuali lelah ... dan ternyata setiap pusingan hanya membawa kami kembali ke titik mula ......

Post a Comment
<< Home